Bengkel Canva @ Smk Kuala Perlis
24 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 September 2025, beberapa NADI di Perlis telah berkerjasama dalam menjayakan bengkel pembuatan poster dan slide bertemakan Kemerdekaan menggunakan aplikasi Canva di SMK Kuala Perlis. Seramai 200 orang pelajar telah menyertai bengkel tersebut dengan jayanya dengan bantuan guru – guru sekolah tersebut.
Antara aktiviti pembuatan poster dan slide, takliat Internet Selamat juga diadakan kepada pelajar agar pelajar dapat mementingkan keselamatan dalam talian dan sentiasa berhati – hati dalam pengantunan seksual dalam talian.
Kesimpulan dari program tersebut, NADI berharap agar dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: